cikgu osmanz GURU KELAS
Posts : 12 Join date : 16/05/2009 Age : 36 Location : KUCHING - MIRI - KUCHING
| Subject: " DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN " Sat May 16, 2009 3:29 pm | |
| Salam ukhwah semua.. tahniah dan syabas diucapkan kepada YDP JPP dan semua EXCO kerana berjaya mewujudkan satu forum yang merupakan medan maya untuk kita berdiskusi dan berkongsi masalah suka duka bersama. Moga usaha murni dan proaktif ini akan mendapat kerjasama semua warga institut yang bermula dari akar umbi semua. Marilah kita sama - sama menghampiri kejayaan dan tidak mungkin kejayaan akan mengejar tanpa usaha dan kerja keras semua. Moga kepimpinan barisan JPP kekal cemerlang dan berjaya mewujudkan perasaan "Satu IPGM " yang akan membawa transformasi yang gemilang. Di sini saya memetik kata - kata Allahyarham Dato Razali ( Timbalan Menteri Pelajaran ), " Sesuatu kegagalan merupakan kejayaan tertunda kita semua ". Moga kita semua beroleh kejayaan hakiki dunia dan akhirat.
Wassalam.. | |
|
abangz GURU CEMERLANG
Posts : 50 Join date : 16/05/2009 Age : 35 Location : Sarawak, Malaysia
| Subject: Re: " DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN " Sun May 17, 2009 3:25 am | |
| Salam. Kesediaan kita berubah merupakan elemen teras dalam usaha kita untuk menjadi insan kamil. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bersedia "dipimpin untuk memimpin" seperti apa yang saudara Osman perkatakan. Janganlah kewujudan ego melampau dalam diri masing-masing. Kita adalah sama ketika berada di IPGM Kampus Sarawak, Miri. Tidak ada yang lebih dan tidak ada yang kurang. Jika kita rasa kita hebat, maka kita adalah sebenarnya orang paling lemah. Yang hebat hanyalah Allah SWT yang Maha Esa. Segala perkara yang berlaku dalam Institut merupakan satu pengalaman bagi kita. Pergaulan seharian mewujudkan kemesraan, budi bahasa dalam percakapan amatlah penting. Tidak kira kita tua atau muda, semuanya mesti mempunyai kesopanan dan budi bahasa yang luhur. KPLI dan PISMP adalah sama, kita adalah bakal pendidik. Maka tidak perlu wujud perasaan ego dan etnosentrisme dalam diri masing-masing. Kita perlu ingat kita hanyalah insan biasa yang berusaha untuk melahirkan anak bangsa yang luar biasa. Ketepikan segala kelebihan kita yang kecil cuma, percakapan biar dijaga janganlah kita dicerca kerna ketidaksopanan kita. Ingatlah kita adalah INSAN BIASA.. Wassalam.[/justify] | |
|