Salam..
Alhamdulillah, pertama & selamanya marilah kita sama2 mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerna izin & kurniaNya MPPB Jun 2009 dapat berjalan dengan lancarnya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Exco JPP & juga jawatankuasa yang telah bertungkus lumus dalam memastikan perjalanan MPPB ini berjalan dengan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada seluruh penyarah, staf sokongan & seluruh warga Institut yang turut bersama-sama membantu dalam menjayakan MPPB kali ini.
Harapan kita agar kesemua pelajar baharu dapat mempergunakan segala pengetahuan serta pengalaman yang diperoleh sebagai satu bekalan berguna untuk menjadi GURU TERBAIK. Kita turut merasa bangga jika kesemua pelajar kita dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelbagai aspek. Ingatlah tentang budaya-budaya yang kita terapkan semasa MPPB; budaya 3 S(Senyum, Sapa & Salam) dan juga Budaya IPGM. Jadikanlah ia sebagai ideologi & fikrah anda untuk menjadi INSAN CEMERLANG!!
Akhir kata, semoga perjalanan kita di sini dipermudahkan oleh Allah SWT & saya doakan agar kita semua berjaya dalam menjadi GURU TERBILANG!!
Wassalam