Salam
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerna sentiasa menganugerahkan nikmat pada diri ini untuk sentiasa berfikir dalam melihat kepada kebesaranNya yang tidak ternilai oleh manusia yang lemah dan hina. Dalam setiap perlakuan diri ini tentunya ada sahaja kekurangan yang mungkin menjadikan diri sentiasa lupa dan alpa dalam menjadi hamba yang TERBAIK.
Kita lihat kepada situasi umat manusia kini yang semakin hanyut dengan arus dunia. Ada sahaja alasan yang diberikan untuk mematahkan segala hujah yang berkaitan hukum. Tanggungjawab sebagai hamba kepadaNya seringkali diabaikan. "Tidak ada paksaan dalam beragama" surah al-Baqarah. Itu menjadi tiket bagi mereka untuk menunjukkan betapa rendah taraf pemikiran mereka. Ayat itu hanya terpakai bagi mereka yang bukan beragama Islam dan tidak valid sama sekali untuk Muslim. Jadi, Islam sebagai cara hidup perlulah dalam segala aspek. Ini kita lihat, mengaku sebagai Islam tapi tetap tidak menjaga aurat!! Perkara asas yang tidak mampu dijaga. Kenapa boleh berlaku sedemikian? Tepuk dada tanya iman masing2....
Jika dilihat kepada environment kita di sini, kita adalah bakal guru. Persoalan asas dalam beragama seharusnya tidak wujud kerna kita mampu berfikir dan kita nyatakan bahawa kita merupakan golongan bijak pandai. Tapi, adakah kita bijak pandai jika tidak mampu menjaga hubungan dengan Pencipta? Maaf nak kata, itulah realiti kita. Mungkin diriku ini dikatakan hanya mampu berbicara namun sebagai hamba Allah SWT diriku mungkin terasa untuk menegur individu yang lain dan juga peringatan kepada diriku jua. Ya, diriku ini banyak kurangnya namun kita harus sentiasa berusaha untuk berubah kerna perubahan itu merupakan satu perkara yang harus dilakukan. Kita tak tahu bila kita MATI, dan apabila dah MATI baharu kita menyesal??? TIDAK BERGUNA LAGI..
Wallahua'lam