Salam ukhwah semua warga IPGM Sarawak..
Saya mewakili Pismp Pengajian Sosial Semester 3 ingin mengucapakan sekalung perhargaan dan terima kasih kepada MT JPP IPGM SARAWAK 08/09 kerana sudi menyediakan ruangan khas untuk para barisan ketua pengajian di dalam forum ini. Tahniah diucapkan kepada JPP kerana inilah salah satu alternatif yang proaktif yang perlu kita lakukan demi untuk melihat satu transformasi dan gelombang perubahan berlaku dalam diri dan institut kita yang tercinta ini. Saya menyeru kepada semua ketua pengajian memainkan peranan masing - masing kerana kita adalah barisan yang boleh membantu perjalanan dan kelancaran aktiviti atau program di institut. Kita mesti peka dan sentiasa memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi samada kepada barisan pentadbir dan barisan JPP yang bertungkus lumus menjaga dan memperjuangkan hak kita sebagai ahli dalam JPP. Kekuatan sesuatu organisasi itu adalah bergantung kepada kerjasama dan tolak ansur semua intipatinya. Moga kejayaan sentiasa mengiringi kita semua..[b]