Salam.
Alhamdulillah, pada 10 - 12 hb yang lepas, JPP IPGM Kampus Sarawak, Miri telah berjaya menganjurkan Kursus Kepimpinan JPP IPGM Zon Sarawak yang bertempat di Eastwood Golf & Country Club. Nyata sememangnya pada tahun ini merupakan kursus yang TERBAIK yang pernah dianjurkan pada sekelian kalinya. Kandungan serta pengisian kursus yang santai memberikan input yang lebih kepada kesemua peserta kursus yang terdiri daripada IPGM Kampus Sarawak, Miri, IPGM Kampus Rajang, IPGM Kampus Tun Abdul Razak dan juga IPGM Kampus Batu Lintang. Nyata-nyata komen daripada para pensyarah dan juga sahabat pelajar daripada IPGM yang lain positif dan mengucapkan tahniah kepada JPP IPGM Kampus Sarawak, Miri atas penganjuran yang cemerlang.
Sesungguhnya, apa yang dipentingkan bukan hanya kepada kebajikan serta tempat kursus yang dititikberatkan, tapi apa yang lebih utama ialah kandungan kursus serta pengisian itu lebih UTAMA & PERTAMA. Oleh itu, perbincangan mengenai kandungan kursus dijalankan secara berhikmah dan diwujudkan program khidmat komuniti dan juga perkongsian bijak yang merupakan resipi utama kelainan yang dilaksanakan oleh JPP IPGM Kampus Sarawak, Miri.
Akhirnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah & Timbalan Pengarah IPGM Kampus Sarawak, Miri yang sentiasa memberikan dorongan untuk kami menunjukkan bahawa kami adalah PELAJAR yang CEMERLANG. Sekalung penghargaan dan terima kasih khas kepada Pengarah-Pengarah IPGM Zon Sarawak, Tn. Hj. Mohd. Zailani Jaya, Puan Lany Bala Aching, Pensyarah Penasihat JPP IPGM Kampus Sarawak, Miri, Pensyarah-Pensyarah IPGM Zon Sarawak, Staf Sokongan IPGM Kampus Sarawak, YDP IPGM Zon Sarawak, Peserta Kursus dan kesemua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kursus pada tahun ini.
Wassalam,
Abg Mohd Shukri Bin Abg Muis
YDP JPP 08/09